Menyoroti kisah
nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh ALLAH untuk menyembelih anaknya nabi
Ismail a.s, pasti kita tidak akan lari dari membicarakan satu aspek penting
dalam kisah agung ini iaitu aspek PENGORBANAN.
Renungkan dialog
antara nabi Ibrahim dan juga nabi Ismail: "Hai anakku, sesungguhnya Aku
melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa
pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang
yang sabar".
Dialog di atas
menunjukkan kisah seorang nabi ALLAH yang juga seorang bapa yang beriman
sanggup MENGORBANKAN anaknya yang tercinta semata-semata menuruti perintah
ALLAH yang wajib. Manakala, di peringkat anaknya, Ismail a.s juga sanggup
diKORBANKAN semata-mata menuruti perintah ALLAH. Namun, atas dasar ketakwaan
yang tinggi, anak beranak ini bersegera melaksanakan perintah ALLAH tanpa rasa
ragu atau penuh dengan soal jawab. Kisah
Ismail adalah kisah pemuda yang beriman yang diuji dengan ujian yang cukup
berat iaitu disembelih oleh tangan ayahnya sendiri. Namun apa yang menakjubkan,
Ismail a.s langsung tidak menunjukkan perasaan gentar saat menerima berita ini
malah menyokong penuh ayahnya melaksanakan perintah wajib dari ALLAH.
Aspek PENGORBANAN dari kisah di atas sangat sesuai dan perlu untuk diaplikasikan dalam jiwa mahasiswa Islam terutamanya dalam menjalankan gerak kerja dakwah Islam kepada orang ramai dan dari satu sudut, yang paling utama adalah menggerakkan dakwah di kampus mereka. Menyoroti lumrah seseorang yang bergelar mahasiswa, mereka pasti mengidamkan satu kejayaan di akhir pengajiannya. Setiap kejayaan pasti diiringi dengan pengorbanan. Pengorbanan seorang mahasiswa meliputi pengorbanan masa, fizikal, harta benda dan kasih sayang. Masa yang diberikan untuk bergelar seorang mahasiswa amat terhad sekurang- kurangnya tiga hingga lima tahun. Mahasiswa yang benar- benar memahami tanggungjawabnya sebagai seorang mahasiswa mempunyai kebijaksanaan dalam pengurusan masa di sepanjang kehidupannya bergelar seorang mahasiswa. Bijak membahagikan masanya dalam menunaikan tuntutan dunia dan tuntutan agama terutamanya dalam tuntutan dakwah.Maka, disini timbul persoalan mengenai tuntutan dakwah. Apakah yang dimaksudkan dengan dakwah? Dari segi bahasa, dakwah bererti menyeru,memanggil sama ada kepada yang hak atau yang batil. Dalam istilah syarak ia membawa perngertian yang lebih khusus, iaitu menyeru atau memanggil ke jalan Allah.

Firman Allah yang
bermaksud:
"Katakanlah,
inilah jalan (Deenku), aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) ke
jalan Allah dengan hujjah yang nyata." (Surah Yusuf, 108)
Orang-orang
beriman, mereka tidak akan meninggalkan tugas dakwah, kerana tugas ini tidak sepatutnya
terpisah dari sifat mereka. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Siapakah
yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru ke jalan Allah,
mengerjakan amal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk dalam orang-orang
yang menyerah diri (muslimin)." (Surah Fussilat: 33)
Dari
aspek lain, kesihatan mental dan fizikal perlulah senantiasa dijaga agar
anggota tubuh badan yang telah dianugerahi Allah sentiasa dalam keadaan sihat
sejahtera kerana masalah kesihatan akan menjejaskan proses menuntut ilmu. Boleh
dikatakan, seharusnya dakwah dan mahasiswa Islam adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan,
ibarat irama dan lagu, aur dengan tebing dan isi dengan kuku. Ianya menjadi
pelengkap antara satu sama lain. Seorang mahasiswa perlu mengetahui dan memahami
hakikat bahawasanya mereka perlu
menyebarkan dakwah Islam kerana mereka adalah pewaris bagi negara.
Mereka merupakan tunggak negara yang bakal mengganti tampuk pimpinan
pemerintahan nanti. Mahasiswa seharusnya menyematkan jiwa nurani mereka dengan
niat menuntut ilmu bagi membantu agama Allah, merasakan bertanggungjawab untuk
mengajak sahabat –sahabat untuk berubah, bersedia untuk keluar berjuang dan
yang paling utama mementingkan gerak kerja islam melebihi segalanya.Ini tidak
dapat tidak menuntut PENGORBANAN yang bukan sedikit dari mereka yang bergelar
mahasiswa.
Dari
aspek yang lain, soal berdikari dalam menuntut ilmu dan berjauhan dari keluarga
boleh dikatakan satu lumrah untuk mereka yang bergelar mahsiswa apatah lagi
jika jarak antara mereka dengan keluarga mereka dipisahkan dengan jarak ribuan
batu. Mereka meninggalkan keluarga tercinta untuk menuntut ilmu yang juga
merupakan salah satu dari seruan Allah S.W.T. Ini tidak dapat tidak menuntut
PENGORBANAN. Apatah lagi buat mereka yang pertama kali berjauhan dari keluarga
tercinta. Namun, jika difikirkan kembali pengorbanan kita tidaklah sehebat
pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Hayati kisahnya yang telah
diceritakan Allah kepada kita dalam surah As- saffat ayat 102 hingga 110.
Kisah
ini membuktikan bahawasanya cinta Allah dapat mengatasi segala cinta yang ada
di dunia yang hanya tempat persinggahan. Kerana cinta mereka kepada Allah melebihi
segalanya, Nabi Ibrahim melepaskan segala cinta dan kasih pada anaknya kerana taat
dengan perintah Allah S.W.T manakala anaknya Nabi Ismail mengizinkan ayahnya
untuk melaksanakan tuntutan Allah jua kerana ketaatannya kepada ayahnya dan
Penciptanya. Perbualan Nabi Ibrahim dan anaknya ini diceritakan di dalam surah
As- saffat ayat 102:
“Maka tatkala anak itu sampai
(pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku
Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah
apa pendapatmu!” ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan
kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.
(as-Shaaffaat : 102)
Melalui kisah teladan yang telah Allah ceritakan, kita dapat
simpulkan bahawa mahasiswa yang benar- benar memahami ajaran agama islam yang
sebenar akan meletakkan cintanya pada Allah pada tempat yang tertinggi. Mereka tidak
akan membenarkan akademik dan gelaran mahasiswa menyekat mereka dari
menjalankan dakwah di bumi kampus yang dijejaki.
Salam aidiladha teman-teman sekalian..!..=)
Salam aidiladha teman-teman sekalian..!..=)
Mohd Syakirin bin Md Zahar,
Timbalan Presiden,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
PMIUPM : PENCETUS INSPIRASI