Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu… Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan. Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira. Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.”
Kenyataan di atas dipetik daripada sumber Malaysiakini yang menyebut mengenai jumlah orang Islam yang murtad ataupun keluar dari agama Islam. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan murtad?
Murtad berasal dari perkataan bahasa Arab iautu riddah atau irtidad. Dari sudut bahasa, perkataan riddah kebiasaanya bermaksud kembali atau rujuk. Iaitu kembali daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Adapun perkataan irtidad membawa pengertian yang lebih luas iaitu mereka yang meninggalkan agama Islam untuk tidak mempercayai agama lain. Manakala dari segi istilah pula murtad membawa maksud keluar dari agama Islam atau tidak mempercayai agama Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan atau iktikad.
Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa seseorang Islam juga di anggap murtad sekiranya dia mencampakkan al-Quran, mencerca Rasululullah atau sebagainya. Ayat Al-Quran juga ada membicarakan mengenai murtad. Antaranya adalah ayat di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :
“..Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalanya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah ayat 217)
Apabila membicarakan mengenai isu murtad, ianya bukanlah satu perkara baru yang berlaku di kalangan umat Islam khususnya di kalangan umat islam negara ini sendiri. Gejala murtad selalunya dikaitkan dengan golongan saudara baru yang memeluk Islam. Ini kerana mereka masih baru memeluk Islam, jadi pegangan dan keyakinan mereka masih belum cukup utuh. Tambahan lagi dengan pelbagai faktor yang menyebabkan ada di antara mereka kecewa dan gagal menyesuaikan diri dengan agama baru menyebabkan mereka bertindak kembali semula kepada agama asal mereka. Perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku dan tindakan seharusnya diambil untuk menangani masalah ini dari terus berlaku. Jika keadaan ini terus berlaku, ianya bukan sahaja memberi imej yang buruk kepada agama Islam sendiri malah menyukarkan lagi penerimaan golongan bukan Islam terhadap agama Islam.
Sejarah Murtad
Sejarah permulaan peristiwa murtad telah berlaku semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi yakni ketika baginda berada di Mekah dan Madinah. Di antara kejadian murtad yang paling masyhur yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w semasa berada di Mekah adalah yang berlaku ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Israk Mikraj
Peristiwa ini di anggap bertentangan dengan kewarasan pemikiran manusia yang rasional kerana pertamanya diceritakan perjalanan Rasulullah dari masjidil haram di Mekah ke Masjidil al-Aqsa di Palestin mengambil masa hanya satu malam sahaja sedangkan perjalan biasa pada ketika itu mengambil masa dua bulan lamanya pergi dan balik. Keduanya kisah Rasulullah s.a.w dibawa melintasi langit sehingga bertemu ALLAH di sidratul muntaha dan pelbagai peristiwa yang sukar diterima rasional akal ketika dalam perjalanan baginda ke langit. Kejadian ini berlaku lapan belas bulan sebelum berlakunya peristiwa hijrah Baginda ke madinah. Ibn Kathir menjelaskan sebaik sahaja diceritakan peristiwa Israk dan Mikraj ini, maka ada di kalangan umat Islam yang tidak percaya dan terus murtad lantaran kisahnya yang melangkaui rasional pemikiran manusia.
Peristiwa murtad juga berlaku ketika nabi Muhammad s.a.w berada di Madinah iaitu selepas berlakunya peristiwa hijrah. Di antaranya adalah peristiwa kemurtadan al- Harith bin Suid Ibn al-Samit al-Ansari. Dalam peristiwa peperangan Uhud, al-Harith yang ketika itu berjuang bersama tentera Islam telah mengambil kesempatan daripada suasana kelam kabut peperangan membunuh salah seorang tentera Islam yang bernama al-Mujazzir bin Zaid al-Badawi berpunca dari dendam kesumat beliau terhadap al-Mujazzir. Setelah membunuh al-Mujazzir, al-Harith terus melarikan diri ke Mekah dan murtad di sana.
Peristiwa murtad juga berlaku ketika zaman pemerintahan khalifah Islam yang pertama, iaitu ketika zaman Abu bakar al-Siddiq. Saidina Abu bakar al-Siddiq terpaksa berhadapan dengan kumpulan yang enggan membayar zakat kepada kerajaan Islam. Kumpulan ini terdiri daripada kaum Asad dan Ghatfan dengan diketuai Tulaihah bin Khuwailid al-Asadi. Kata Saidina Abu Bakar taktala memerangi golongan ini “Demi ALLAH aku akan memerangi sesiapa sahaja yang memisahkan di antara kewajipan sembahyang dan kewajipan mengeluarakan zakat”. Keputusan Saidina Abu Bakar untuk memerangi golonglan ini merupakan satu kepoutusan yang tepat walaupun pada mulanya tidak dipersetujui para sahabt yang lain termasuk Saidina Umar al-Khattab.
Aplikasi konsep persaudaraan dalam menangani Murtad
Antara faktor dalaman yang menyebabkan berlakunya kejadian murtad ialah kerana kelemahan umat Islam itu sendiri. Umat Islam hari ini berdepan dengan masalah dan krisis akidah yang cukup serius lantaran kurangnya pemahaman dan penghayatan serta pengamalan mereka terhadap ajaran Islam. Kelemahan dan sikap umat Islam yang tidak prihatin termasuk nasib dan kebajikan para saudara baru juga menjadi punca utama kepada berlakunya kejadian murtad di kalangan golongan ini.
Prof. Sven (Muhammad) Kalisch
Meskipun, tidak dinafikan ada diantara mereka ini yang memeluk Islam atas kepentingan tertentu, tetapi proses dakwah dan pemantapan akidah juga perlu diteruskan secara konsisten dan berterusan. Ada di kalangan saudara baru ini yang mengambil keputusan keluar dari agama Islam lantaran rasa kecewa terhadap keadaan masyarakat Islam itu sendiri. Penerimaan masayarakat Islam terhadap golongan saudara baru juga masih tidak sepenuhnya dan menyeluruh. Dan juga beberapa sebab lain yang meyebabkan mereka keluar daripada agama Islam dan kembali kepada agama asal masing-masing.
Maka, disinilah konsep persaudaraan dalam Islam harus diaplikasikan sebaiknya untuk membendung gejala murtad yang kebanyakkannya dari dalam kalangan saudara baru. Keprihatinan umat Islam, khususnya mahasiswa Islam terhadap saudara baru
“Seseorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (kepada musuh), barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya nescaya Allah akan menunaikan hajatnya, dan barangsiapa yang menghilangkan daripada seorang Muslim satu kesusahan nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat kelak, dan barangsiapa yang menyembunyikan (keaiban) seorang muslim nescaya Allah akan menyembunyikan (keaibannya) pada hari kiamat.” – Riwayat Bukhori dan Muslim
Faktor yang lain pula adalah di sebabkan persekitaran yang tidak kondusif, tidak sihat dan negatif yang menyebabkan anak-anak orang Islam mudah terpengaruh dengan cara hidup yang bertentangan dengan cara hidup Islam. Kewujudan sarang-sarang maksiat seperti pusat disko, rumah pelacur dan sebagainya memburukkan lagi situasi keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak orang Islam yang terdiri dari kalangan remaja menyebabkan situasi ini satu situasi yag cukup menggerunkan mereka yang peka terhadap nasib-nasib umat islam pada masa kini. Mereka terpengaruh dengan gaya hidup barat yang liar menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk keluar dari agama Islam dengan harapan dapat bebas dari mengamalkan ajaran Islam yang seolah mengongkong hidup mereka.. Remaja atau anak muda merupakan tonggak masa depan negara. Jika keadaan seperti ini berterusan dan tiada usaha untuk membendung gejala ini, tidak mustahil negara akan runtuh seperti mana runtuhnya akhlak anak-anak muda ini.
Pengaruh negatif
Faktor diatas merupakan antara fakor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya gejala murtad. Maka pada pandangan saya, selaku mereka yang bergelar mahasiswa Islam, gejala murtad ini haruslah dipandang sebagai satu perkara yang sangat serius dan menjadi tanggungan untuk kita semua bersama menanganinya.
Kejadian murtad dalam apa sahaja keadaan tidak harus dibiarkan dan mestilah diberikan perhatian sewajarnya. Maka, perkara dakwah merupakan antara elemen penting yang harus di titikberatkan dalam usaha membawa mereka yang murtad kembali kepada Islam. Usaha dan matlamat dakwah juga tidaklah harus sekadar untuk mengislamkan seseorang kembali tapi juga haruslah mempunyai tujuan untuk membentuk keperibadian Islam yang jitu di kalangan mereka.
Umat Islam juga haruslah menterjemahkan konsep persaudaraan seperti yang dianjurkan Islam. Bak kata pepatah, kalau dicubit paha kanan, paha kiri juga terasa sakitnya. Jika perkara ini dapat disemai dalam hati masing-masing, tidak mustahil masalah murtad yang berlaku dapat di atasi.
“PENCETUS INSPIRASI”
Mohd Syakirin Bin Md Zahar
Timbalan Presiden,
Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)