Pertama kali
mendaftar sebagai internship di tempat kerja, pelbagai perasaan bermain di
benak fikiran.. Gemuruh, teruja, cemas diterjemahkan menerusi eksperesi riak
wajah di wajah saya. Minggu pertama berjalan dengan baik. Minggu kedua sudah
outstation untuk mengambil data dan sekarang (saat jari ini mengetuk papan
kekunci) minggu praktikal saya sudah memasuki minggu ketiga…~
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
Praktikal sekadar memenuhi syarat bergraduat?
Bila difikirkan
secara rasional, ya…tidak dinafikan praktikal yang dilalui ini secara asasnya
adalah untuk memenuhi kehendak bergraduat yang ditetapkan oleh universiti.
Namun, bagi saya, adalah satu kerugian bila kita hanya meletakkan dalam fikiran
kita mindset sedemikian rupa. Berbalik kepada niat kita…~
Sabda baginda
yang bermaksud :
“Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan”.

Ya! Setiap apa
yang kita niatkan itu, itulah yang kita akan dapat..jika kita berniat sekadar
menghabiskan praktikal semata untuk memenuhi syarat bergaraduat maka, tindakan
yang diterjemahkan melalui apa yang kita niatkan hanay akan berpusat pada memenuhi syarat bergraduat semata. Rugi
bukan?
Sedangkan banyak manfaat yang kita mampu perolehi jika kita membuka skop pemikiran minda kita secara lebih meluas. Praktikal ini juga satu ibadah sebenarnya dengan syarat kita ikhlas melakukannya kerana ALLAH. Ini adalah kerana :

1. Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah ta’ala).
2. Waktu pelaksanaan niat dilakukan pada awal ibadah dan tempatnya di hati.
3. Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata karena Allah ta’ala dituntut pada semua amal soleh dan ibadah.
4. Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.
5. Semua perbuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat karena mencari keridhoan Allah maka dia akan bernilai ibadah.
Selain ianya satu ibadah, pelbagai perkara positif lain seperti pengalaman, hard skill, soft skill selayaknya dikutip oleh mereka yang berpraktikal. Belajar sesuatu bende yang baru bagi menambahkan ilmu ALLAH yang luas ini di dalam diri kita. Bukankah kita ini penuntut ilmu hinggalah saat kita akan bertemu DIA?...=)
Bagi saya setiap
perlakuan kita lakukan, yang pertama kita perlu niatkan kerana ALLAH..~rasa
ubudiah kita pada ALLAH kerana DIAlah bos no 1 kita…Bila kita dapat merasa perasaan
sedemikian, secara tidak langsung ianya akan melahirkan rasa bertanggungjawab
pada kerja kita dan ianya akan diekspresikan melalui
perbuatan bersungguh (itqan) pada
sesuatu kerja.
Sedikit
perkongsian dari seorang pakar motivasi mengenai 4 M yang menyebabkan kita
tidak akan bahagia disebabkan kerja kita bagi mengakhiri coretan ringkas ini.=)
- Mengeluh
- Menyesal
- Merungut dan
- Mengumpat
keempat M ini merupakan perkara negatif yang bila diamalkan terutama ketika bekerja akan melahirkan sisi negatif dalam diri kita yang menyebabkan kita rasa malas untuk bekerja, buat acuh tak acuh, kurang bersemangat dan sewaktu dengannya. Sedangkan diri kita ini perlu sentiasa berfikiran postif kerana ianya akan melahirkan sikap dan perbuatan yang postif dalam diri kita dan diakhirnya ianya melahirkan diri kita yang cemerlang bukan sahaja di dunia malah di akhirat InsyaALLAH..=)
Bukankah ALLAH itu bersama sangkaan hambaNYA?..=)..
Renung-renungkan dan
fikir-fikirkan teman !…=)- Mengeluh

No comments:
Post a Comment