[Sambutan Tahun Baru 2013]
(ORKED) Operasi Dakwah Dirasai 2013
Berkumpul di Masjid Jamek pada
31 hb Januari 2012 | 9am-12.00am
Tema : "JOm ke Syurga"
Tema Pakaian : Putih.
Tempat: Dataran Merdeka
(ORKED) Operasi Dakwah Dirasai 2013
Berkumpul di Masjid Jamek pada
31 hb Januari 2012 | 9am-12.00am
Tema : "JOm ke Syurga"
Tema Pakaian : Putih.
Tempat: Dataran Merdeka
Anjuran : Majlis Dakwah Kebajikan GAMIS
Menyedari sambutan tahun baru yang dibuat oleh pelbagai pihak setiap tahun, maka di peringkat MDK GAMIS berinisiatif untuk menjalankan program seumpama ini dalam usaha mengajak masyarakat ke arah kebaikan. Sebelum program malam ini bermula, saya tergerak untuk mencoretkan sesuatu mengenai tahun baru yang bakal menjelang tidak sampai 24 jam lagi ini...
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Pejam celik, pejam
celik, dah nak masuk tahun baru, diri terasa baru je daftar kat UPM semalam....
tanpa disedari, masa berlalu pergi meninggalkan kita... tanpa ucapan selamat
tinggal dan kita tahu ianya tidak akan pernah kembali walau kita tangisi dengan
air mata darah sekalipun...esok dah masuk 31/12/12, tepat jam 12 mlm esok,
semua akan sambut tahun baru... seluruh dunia tidak akan terlepas untuk
mengadakan sambutan tahun baru termasuklah negara kita yang kita cintai niee...
Soalan boleh atau tidak
untuk sambut tahun baru masihi mungkin dah terjawab, mungkin juga ada yang lupa
akan jawapannya... di sini suka untuk saya kongsikan apa yang pernah saya baca,
kita boleh menyambut tahun baru masihi malah menjadi tuntutan buat kita
memperingati kehadiran tahun baru supaya kita lebih menghargai masa yang
berbaki sebelum kematian menjemput.
Allah S. W. T berfirman
di dalam surah Al-Asr yang bermaksud:
"Demi
Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan
beramal soleh serta mereka juga berpesan-pesan dengan kebenaran dan
berpesan-pesan dengan kesabaran."
(Al ‘Asr: 1-3).
Surah yang pendek ini memberi seribu erti buat kita
semua sebenarnya...Nikmat masa yang diberikan akan menentukan kedudukan kita,
sama ada tergolong dalam golongan yang rugi atau tergolong dalam golongan yang
beruntung. Ianya jelas menunjukkan bahawa pentingnya pengurusan masa dalam
kehidupan kita, setiap masa yang kita ada ini perlu diisi dengan pengisian yang
terbaik agar kita tidak menyesal di kemudian hari...
Setiap sesuatu yang Allah ciptakan pasti ada
pasangannya dan ianya saling melengkapi. Begitu juga dengan tahun baru hijri
dan tahun baru masihi, ada satu hubungan yang menarik berlaku di antara
keduanya jika dikaji dengan lebih mendalam. Perkiraan tahun hijri berdasarkan
peredaran bulan (tarikh al-Qamari) yang menentukan masa ibadah buat kita umat
islam contohnya puasa, haji dan sebagainya. Manakala perkiraan tahun masihi
dikira berdasarkan peredaran matahari (tarikh as- Syamsi) yang membolehkan
manusia menentukan musim panas, sejuk, menuai, atau menyemai dan segala
aktiviti yang lain.
Tarikh
as- Syamsi ini mempunyai kepentingan yang tersendiri, kepentingan ini terserlah
dan dibuktikan menerusi kalam Allah dalam surah Yusuf ayat 46-49. Ayat ini
menceritakan tentang tafsiran Nabi Yusuf terhadap mimpi raja mesir pada masa
itu.
"(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): `Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya'.
Yusuf
menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun
berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di
tangkainya; kecuali sedikit untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh
itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang menghabiskan apa yang kamu simpan
untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (benih gandum) yang
kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi
hujan(dengan cukup) dan pada masa itu mereka memeras (hasil anggur, zaitun dan
sebagainya)."
Ayat ini menjelaskan bahawa tarikh as- Syamsi
membantu manusia mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti
pertanian dan menyusun atur aktiviti- aktiviti manusia yang lain.
Sekarang kita sudah
tahu yang sambutannya boleh dilaksanakan tetapi bagaimana pula cara yang
sebaiknya untuk menyambut tahun baru masihi ni??? Ha, saya rasa anda semua
sudah punyai jawapan dalam benak fikiran masing- masing...
sambutannya haruslah mengikut syariat islam dan menepati niat yang sebenar
iaitu kita menyambutnya untuk mengingati kepentingan masa bukan untuk bersuka
ria, berpesta sehinggakan lupa akan agama dan akhirat.
Insan
yang benar- benar beriman akan menangis bila tahun baru menjengah kerana apabila
tahun baru menjelang, umurnya makin meningkat, tarikh kematian semakin pendek
dan semakn menghampiri sedangkan diri belum bersedia untuk menghadapinya. Kita
juga diingatkan bahawa sambutan tahun baru ini sebenarnya tidak ada dalam agama
islam tetapi sambutan buat agama kristian yang menyambut kelahiran Nabi Isa
a.s. kita hanya sekadar dibolehkan menyambutnya dan tidak sekali- sekali meniru
atau menyerupai sambutan mereka.
Cara
sambutannya mestilah tidak dicampur adukkan dengan hiburan- hiburan yang bertentangan
dengan ajaran agama islam seperti nyanyian pemujaan wanita, kekasih, arak dan
sebagainya. Selain itu, percampuran antara lelaki dan perempuan yang tidak
terkawal juga perlu dielakkan dalam sambutan tersebut bagi mengelakkan
berlakunya gejala-gejala yang lebih teruk berlaku. Pendek kata, setiap apa yang
dirancang untuk sambutan wajib berlandaskan syariat islam dan tida melanggar
syara’.
Walaubagaimana sekalipun sambutan tahun baru
masihi kita di bumi Malaysia ini, sekali lagi saya ingin ingatkan pada diri dan
sahabat- sahabat, jangan kita pernah lupa untuk mendoakan saudara- saudara kita
di Syria sana. Moga mereka juga mampu menyambut tahun baru dalam ketenangan dan
keamanan suatu hari nanti. Muhasabah diri bersama... cukuplah kematian sebagai
nasihat buat diriku dan sahabat- sahabat.
Wallahualam...
Mohd Syakirin bin Md Zahar
Pengerusi Majlis Dakwah Kebajikan GAMIS
Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)
Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)
No comments:
Post a Comment