Saat
termenung seketika, saya tergerak untuk mencoretkan sesuatu mengenai apa yang
sedang berlaku di Syria..mungkin nukilan saya ini sekadar pandangan kecil
daripada berbilion m islam di atas muka bumi ini..namun, atas rasa kesedaran,
saya tergerak untuk mencoretkan sesuatu tentang isu Syria yang dikatakan dalam
keadaan pergolakan yang amat dahsyat~....
________________________________________________________________________
Manusia
yang hilang sifat kemanusiaannya tidak akan pernah kenal erti kasih sayang.
Nilai itu hilang pada pandangan mata dan hati mereka. Keganasan, kezaliman dan
kekejaman yang mereka agungkan sehinggakan saudara-saudara kita di seluruh
pelosok dunia termasuk Syria, Gaza dan Rohingya ditindas dan diseksa. Isu
kemanusiaan yang berlaku di negara- negara ini masih belum ada kesudahannya.
Isu
kekejaman dan keganasan rejim Basyar Al Asad terhadap seluruh penduduk Syria
menjadi isu pilihan untuk dikongsikan pada sahabat- sahabat kali ini. Ia juga
sebagai peringatan untuk diri ini yang sering lupa untuk mendoakan saudara-
saudara yang tertindas.
Syria
menerima tekanan yang melampaui jangkauan pemikirin manusia biasa sejak puluhan
tahun yang lalu bermula dengan pemerintahan keturunan Basyar Al Asad. Kini
Basyar Al Asad menyambung generasi penindasan tersebut dan mewarisi sifat
kekejaman daripada ayahnya. Kebangkitan seluruh rakyat Syria yang ingin
menggulung pemerintahan kejamnya telah menyebabkan keadaan semakin tegang dan
bertambah buruk. Serangan
berdarah ini telah direkodkan sebagai isu kedua yang paling parah setelah isu
Palestin, malah mungkin lebih parah berbanding isu Palestin. Pelbagai
demonstrasi yang berlaku di Syria telah mengorbankan puluhan ribu orang awam
dan pejuang-pejuang agama.
Melalui pembacaan sejarah serangan ke atas Syria,
tercetusnya kebangkitan rakyat Syria disebabkan beberapa sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40
tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain, dan kemuncaknya apabila
sekumpulan lebih 20 orang kanak-kanak telah ditangkap dan diseksa sehinggakan
ada yang syahid hanya kerana menconteng dinding sekolah dengan menulis “rakyat
mahu jatuhkan kerajaan”. Apabila ahli keluarga kanak- kanak tersebut meminta
mayat anaknya serta meminta kanak-kanak lain dilepaskan, syarat yang sangat
hina telah dikenakan. Syaratnya ialah wanita-wanita di kalangan mereka haruslah
diserahkan kepada kepada puak-puak kerajaan Syria ini. Di sinilah permulaan
bagi kebangkitan rakyat di Syria.
Rejim
Basyar Al Asad bertindak lebih kejam dengan melancarkan serangan berdarah
kepada orang awam bagi melemahkan semangat kebangkitan rakyat Syria. Walaubagaimanapun, segala serangan
yang dilakukan rejim Basyar Al Asad tidak mematahkan semangat rakyat untuk
terus berjuang mempertahankan agama dan negara yang tercinta.
Bukan itu
sahaja, seluruh masyarakat dunia turut serta dalam menyokong tindakan rakyat
Syria dan bersama- sama menyatakan revolusi kebangkitan adalah jalan terbaik
untuk melepaskan mereka dari tampuk pemerintahan kejam tersebut. Laporan media
antarabangsa melaporkan bahawa lebih dari 40 ribu tentera Syria telah mengubah
haluan perjuangan mereka dari menyokong Basyar Al-Asad. Mereka sebulat suara
untuk bersama dalam revolusi tersebut.
Ketua
Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang merupakan salah
seorang dari ratusan ulama’ dunia yang terkemuka yang juga turut serta dalam
sokongan revolusi tersebut telah membuat satu kenyataan yang menyeru seluruh
rakyat untuk mendokong perjuangan rakyat Syria untuk bebas daripada regim
Al-Asad, bergabung dengan tentera Syria yang berpaling tadah daripada rejim
Al-Asad,serta menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk bertindak dalam
isu ini.
Insan lain telah menyahut seruan tersebut, KITA
BAGAIMANA???
1) Minggu ni
study week, tak sempatla nak baca tentang isu- isu nie... benda lain banyak
lagi tak baca nie..
2) Eh, bukan ke isu ni dah lama, tak pe sekarang ni dah
banyak bantuan dah, kita tak payah susah- susah nak fikir, kita kan
student..fokus2x
3) Alamak,
terlupa la plak nak doakan saudara- saudara, tak pe kot, sekarang tak sempat,
zohor, asar ada lagi masa nak doakan mereka
Sedih dan pilunya hati di saat mendengar kata- kata ini
yang keluar dari lantunan suara anak- anak muda terutamanya yang berada di
dunia kampus. Sahabat- sahabat dan diriku yang lemah, bangkitlah dari lena yang
tidak berkesudahan, celik mata dan hati, lakukan sesuatu bagi menyatakan kita
bersama perjuangan mereka. Mereka saudara kita, bukan makhluk asing di alam
ghaib. Di manakah sifat kemanusiaan kita??? Tidak terlalu kejam jika saya
katakan sesiapa yang dalam hatinya tidak pernah ada rasa untuk melakukan
sesuatu untuk rakyat Syria adalah sama seperti rejim tersebut. Ini kerana,
tidak pernah berfikir bermakna kasih sayang sesama saudara tidak wujud dalam
hati mereka, nilai keanusiaan juga akan mereka ketepikan. Sebab itulah mereka
memilih jalan untuk tidak mempedulikan isu-isu seperti ini.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud;
"Orang beriman itu dengan orang beriman yang lain
seperti jasad yang satu. Kiranya salah satu anggota mengalami kesakitan, maka
seluruh anggota akan akan turut berjaga malam, merasa panas dan gusar."
[HR Bukhari & Muslim]
Dan Allah juga berfirman, dalam surah Al-Hujurrat ayat 10
yang bermaksud:
"Sebenarnya orang-orang mukmin itu bersaudara..."
Ayat al Quran dan hadith ini jelas mengatakan bahawa kita
sebenarnya tidak punya alasan untuk mengenepikan isu Syria. Saudara kita di
sana adalah salah satu anggota yang ada pada jasad kita, kalau sakit salah satu
darinya, seluruh tubah merasai kesakitannya, kalau hilang salah satu
daripadanya, seluruh tubuh akan merasai kesengsaraannya.
Untuk pergi ke Syria dan membantu
saudara-saudara kita di sana mungkin satu perkara yang mustahil untuk kita lakukan.
Namun, kita mampu untuk lakukan sesuatu walau pun kita di sini, walaupun juga
kita tidak berkonfrontasi secara terus dengan regime Syria. Mungkin perkara
dibawah boleh menjadi panduan untuk kita supaya kita berusaha juga untuk
membantu saudara-saudara kita di sana. Sekecil- kecil usaha yang kita ada
adalah doa, mohon pada Allah, percepatkan kemenangan ke atas mereka di
pengakhiran solat kita sehari semalam...
Mohd Syakirin bin Md Zahar
Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)
Pengerusi Majlis Dakwah Kebajikan GAMIS
No comments:
Post a Comment