Peperiksaan akhir menghampiri
Debarannya semakin dirasai
Semester terakhir diriku di sini
Namun diriku tetap penuntut ilmu sampai mati.
Pesan cikgu |
Tersenyum saya seketika taktala membaca komik ringkasan "pesan cikgu" diatas..=)
memandangkan final exam untuk semester ini tinggal beberapa hari lagi...terdetik di hati saya untuk mencoretkan sesuatu mengenai 'exam" itu sendiri....
memandangkan final exam untuk semester ini tinggal beberapa hari lagi...terdetik di hati saya untuk mencoretkan sesuatu mengenai 'exam" itu sendiri....
________________________________________________________________________
Assalamualaikum.
W.b.t
Allah
S.W.T berfirman di dalam surah Al- Alaq :
Maksudnya:
“Bacalah (wahai
Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya...”
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
“
Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim.”(Riwayat Ibn Majah)
Dan dalam hadith yang
lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“
Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk untuk mencari ilmu, maka Allah akan
memudahkan baginya jalan untuk ke syurga. ( Riwayat Muslim)
Kalam Allah S.W.T dan
hadith Rasulullah s.a.w ini sudah cukup kiranya kita jadikan penyebab bagi
kewajipan untuk kita menuntut ilmu, tidak kira ilmu dunia mahupun akhirat.
Dalam konteks kita sebagai mahsiswa di
bumi UPM khususnya, ilmu dunia yang kita tuntut mungkin diukur dengan peperiksaan yang dijalankan, namun
dalam kehidupan sebagai seorang hamba kepada Penciptanya, kepentigan ilmu
duniawi dan ukhrawi bukanlah sekadar di atas kertas peperiksaan semata tetapi
perlu diamalkan setiap yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Andainya
inilah yang kita lakukan, saya rasa tidak timbul kata- kata,
“ Alah, baca untuk exam
je, dah habis exam nanti, terus lupa”
“ Sabarlah, kejap je
nie, study dulu, habis exam kita enjoy la”
dan bermacam- macam
lagi perkataan yang kadang- kadang kita sendiri tak perasan bila masa kita
ucapkan. Wajib untuk kita mengetahui bahawa dalam setiap ilmu yang kita cari,
kita tuntut, keberkatan yang harus mengirinya, tanpa keberkatan dalam ilmu yang
dicari, ianya akan jadi sia-sia. Niat menuntut ilmu mesti diperbaharui dari
semasa ke semasa agar kita tidak lari dari landasan yang betul. Niatkan dalam
hati setiap apa yang kita baca, hafal dan amalkan tidak lain dan tidak bukan
hanyalah kerana Allah S. W. T... itulah yang menjadikan menuntut ilmu itu satu
ibadah.
Saat- saat terakhir menuju
gerbang dunia peperiksaan, pelbagai perasaan menjengah di hati sanubari masing-
masing. Ada yang rasa serabut, tak tahu nak study yang mana dulu, ada juga yang
terlalu steady sampai dah boring, tidak ketinggalan yang terlalu busy dengan
urusan lain hinggakan tidak sempat menyentuh mana- mana subjek lagi....
Pengurusan masa dan
teknik belajar di saat-saat genting ini amatlah penting, di sini saya ingin
kongsikan sedikit sebanyak tips-tips menghadapi peperiksaan dan mengawal jiwa
serta fikiran dalam masa yang terdekat ini.
1) Perbaiki
niat tuntut ilmu kerana Allah
2) Yakin
pada janji Allah, kejayaan milik insan yang berusaha
3) Yakin
pada diri, percaya dengan setiap apa yang kamu lakukan
4) Kekalkan
imej kejayaan dalam minda, sentiasa positif/ optimis
5) Bergaul
seperti biasa dengan sahabat-sahabat yang juga berfikiran positif dan
bersemangat untuk berjaya
6) Sentiasa
paksa diri untuk berjaya, memaksa untuk tinggalkan yang sia-sia, focus pada
pelajaran dan benda-benda yang penting sahaja dalam masa yang terdekat.
7) Kurangkan
tekanan perasaan dengan mengingati Allah, berselawat ke atas Rasulullah dan
melihat keindahan alam ciptaanNya.
8) Tampalkan
mutiara kata di meja belajar atau di mana-mana tempat yang sering kita pandang
9) Buat
latih tubi bagi soalan-soalan yang biasa keluar, simulasi past year question,
buat latihan banyak-banyak dan ceritakan semula apa yang dibaca/dihafal ke
dalam bentuk yang lebih senang difahami/diingati (peta minda/flash card).
10) Tawakallah
setelah berusaha bukan berserah sebelum buat apa-apa.
Diri ini bukanlah sesiapa
Hidup hanya sementara di dunia
Menumpang seketika mencari RedhaNya
Wajib untukku Menuntut ilmu kerana itu
syaratnya ku ke Syurga
Wallahualam....
Selamat "berexam" teman-teman !
Mohd Syakirin bin Md Zahar,
Pengerusi Majlis Dakwah Kebajikan GAMIS,
Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)
yg penting elakkan bermain pes2012...hehe..anyway, pengisian yg baik utk dikongsikan
ReplyDelete